Falsafah Pendidikan Islam Institusi pendidikan dalam Islam

Falsafah merupakan kompenan yang paling utama dan tertinggi dalam bidang pendidikan kerana sikap manusia yang hendak dibentuk adalah bergantung kepada falsafah yang digariskan melalui pendidikan.

Dr. Al-Syaibani (1979) mentakrifkan falsafah pendidikan Islam sebagai usaha perlaksanaan teori dan “method” di bidang pengalaman manusia dipanggil pendidikan. Oleh yang demikian, falsafah pendidikan Islam merangkumi aspek-aspek matlamat, kandungan dan dasar pendidikan islam.